TENTANG SAYA

Hai! Saya Frances.

Saya seorang jurulatih yang berminat untuk bekerjasa bersama dengan anda. Saya percaya bahawa setiap klien saya mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang belum diterokai. Saya percaya saya mampu menjadi pencetus kepada klien saya bagi mencari siapa diri mereka yang sebenar dan memberi peluang klien saya berasa berkuasa apabila berada dalam kawalan. Saya berbesar hati kerana diberi peluang bagi memberi peluang kepada klien saya untuk merasai KEBEBASAN MEMILIH dalam perkara yang mereka ingin lakukan. Dengan itu, klien saya mampu mengawal kehidupan mereka yang sekarang dan bagaimana mereka ingin bergerak kehadapan dalam kehidupan. Saya amat bertuah kerana dapat melihat klien saya berubah dalam pandangan mereka, menyaksikan mereka menjadi diri sebenar melalui proses BIMBINGAN.

Secara profesional, saya telah memperolehi kelayakan kejurulatihan tertinggi yang dianugerahkan oleh Persekutuan Kejurulatihan Antarabangsa iaitu Saujana Jurulatih Bertauliah (MCC). Saya juga menawarkan perkhidmatan secara sukarela untuk berkhidmat sebagai Pengarah Lembaga Global ICF di pelbagai lembaga seperti; Lembaga Perusahaan Global ICF (2020), Lembaga Etika Global ICF (2016-2019), Lembaga Kempipinan Pemikiran ICF (2019-2021). Selain itu, saya secara aktif telah menyumbang perkhidmatan saya kepada Jawatankuasa Pencalonan Global ICF (2018-2022) dan juga Jawatankuasa Semakan Kompetensi Teras Global ICF (2019). Pengalaman saya secara global telah memberi saya visi dan pemahaman dalam kuasa bimbingan sebagai instrumen untuk mempengaruhi dan memberi kesan kepada masyarakat secara amnya dan komuniti jurulatih di seluruh dunia.

Dari segi akademik, saya telah menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti of Southampton, United Kingdom. Kemudian saya menyambung Sarjana Sains Perakauanan & Pengurusan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan menamatkan Ph.D dalam Perakauanan.

Di peringkat antarabangsa, saya berpeluang menjadi Presiden ICF yang Pertama di Malaysia pada tahun 2011. Peluang ini amatlah unik bagi saya. Saya belajar cara untuk mengukuhkan dan mempamerkan kemahiran kempipinan saya dalam memulakan kursus untuk komuniti jurulatih di Malaysia. Pencapaian terbesar saya ialah meningkatkan bilangan jurulatih daripada 1 Jurulatih Bertauliah Bersekutu (ACC) ICF kepada 10 ACC. Saya dan pasukan Exco amat gembira dengan kejayaan yang telah dicapai.

Saya telah mengembangkan kemahiran bimbingan saya sepanjang perjalanan daripada jurulatih baru kepada pakar jurulatih dengan bantuan guru, mentor dan penyelia saya. Sumbangan mereka kepada pencapaian saya adalah tidak ternilai. Guru terhebat saya adalah klien saya sendiri. Mereka yang berasal daripada latar belakang yang pelbagai, saya berasa tercabar untuk meluaskan, mengembang dan mendalami kemahiran bimbingan saya. Ini adalah termasuk klien saya dari ; Industri Perbankan dan Kewangan, Hartanah dan Hotel, Minyak dan Gas, Farmasi, Telko, FMCG, Insuran, Perakaunan dan Nasihat, Penjagaan Kesihatan, Utiliti Negara serta Pendidikan.

Detik-detik bimbingan terhebat saya ketika saya melihat klien saya mencapai kejayaan di mana mereka sendiri berasa tidak percaya bahawa mereka mampu. Ini adalah termasuk ;
– Mengubah tingkah laku mereka daripada menjadi pemimpin yang kritikal kepada pemimpin yang mempunyai rasa empati.
– Daripada seseorang yang melakukan sesuatu kerana ego kepada seseorang yang melakukan aktiviti bersama pasukannya.
– Daripada menjadi pemimpin yang berorintasikan hasil kepada pemimpin yang membangunkan rakyat.
– Daripada pemimpin yang tidak berani dengan pengurusan menjadi pemimpin yang mampu bekerjasama dengan pengurusan.
– Daripada menjadi pemimpin yang takut bersuara di hadapan pihak yang penting kepada pemimpin yang yakin menyuarakan suara di persidangan antarabangsa.
– Daripada menjadi pemimpin yang segan meminta kenaikan pangkat kepada pemimpin yang yakin berasa kelayakan dia untuk dinaikkan pangkat.

Bangkitkan Kecemerlangan Diri anda
Ia Bermula dengan Satu Langkah dari Anda!